Thursday, March 4, 2010

SEJARAH KAMPUNG KASIPILLAY

Kampung Kasipillay terletak di Batu 2.5 Jalan Ipoh Kuala Lumpur –
Segambut, lokasinya didalam Daerah Sentul (Zon Segambut) dipinggir
Bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk yang tinggal di Kampung Kasipillay
terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup damai dan saling hormat
menghormati serta mengamalkan mengamalkan kehidupan tolong menolong
antara satu dengan lain sejak dahulu, terutama melalui
aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) yang diwujudkan semenjak
29 Ogos 1975 lagi, yang mana Rukun Tetangga ini merupakan Rukun
Tetangga pertama ditubuhkan oleh Kerajaan dibawah pimpinan YAB Tun
Haji Abdul Razak bin Hussin, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2010 ini, genap 35 tahun Rukun Tetangga Kampung ini dan
Rukun Tetangga seluruh Malaysia yang lain menjalankan operasinya
sebagai wadah penyatuan perpaduan komuniti didalam sesebuah Taman atau
kampung-kampung yang terdapat dalam Bandar atau pun dipinggir Bandar.

Melihat kepada sejarah awal wujudnya Kampung Kasipillay ini pada
sekitar awal tahun 1950an, pada mulanya ianya merupakan satu kawasan
Ladang Getah yang agak luas yang dipunyai oleh seorang saudagar
berketurunan India. Manakala sebahagian tanah sekitar Ladang Getah ini
kepunyaan Kerajaan dan sebahagian lagi kepunyaan “Ceti”.

Pada ketika itu rumah-rumah yang terdapat didalam Ladang Getah Kampung
Kasipillay ialah rumah-rumah Kuarters Khas yang didirikan untuk
pekerja-pekerja Ladang itu sahaja, manakala di Kawasan tanah kepunyaan
Kerajaan dan Ceti didiami oleh setinggan dan perkerja-perkerja balak
yang berkerja sekitar kawasan tersebut.
Pada akhir-akhir 1960an Ladang Getah yang agak luas kepunyaan Saudagar
India, telah dibangunkan dengan membina rumah-rumah teres setingkat,
kebanyakan rumah-rumah yang didirikan telah dibeli oleh
Pekerja-perkerja Keretapi Tanah Melayu yang berkerja di Bengkel
Keretapi Sentul dan segelintir dibeli oleh Pekerja-perkerja daripada
Agensi-agensi yang lain.

Pada tahun 1970an “Ceti” tuan tanah diKg. Kasipillay ini telah
meninggal dunia di India, sebelum beliau balik ke India tanahnya telah
diamanahkan kepada saudaranya sebagai “Pemegang Amanah”.

Apabila “Ceti” itu telah mati pada tahun 2004, pemegang amanah tanah
tersebut dengan persetujuan Saudara maranya yang lain, telah bersetuju
menjualkan tanah kepunyaan “Ceti” tersebut kepada Pemaju Perumahan
Suhati Sdn Bhd. Dengan itu pihak Suhati Sdn Bhd membuat permohonan
kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berkerjasama
membangunkan Kawasan Tanah “Ceti” tersebut bersama-sama dengan tanah
Kerajaan yang sedia ada.

Dengan termeterainya perjanjian antara Suhati Sdn Bhd dengna Pihak
DBKL, maka tanah di Kampung Kasipillay dibangunkan sedikit demi
sedikit sehinggalah kehari ini kelihatan terbinanya
perumahan-perumahan yang tersusun seperti pembinaan Banglo di tanah
Lot, Rumah Berkembar Dua Tingkat, Rumah Teres, Pangsapuri Mewah,
Sederhana dan Pangsapuri Kos Rendah.

http://jpnin-kl.blogspot.com/

Monday, March 1, 2010

Tara Bhavan (Star Home)

Tara Bhavan (Star Home)
Located in Kg Kasipillay, Tara Bhavan was established in February 1999 and is home to approximately 30 boys and girls. Its primary mission is to provide a conducive environment and a brighter future for the children. At Tara Bhavan, emphasis is given to tradition, religion, culture and instilling spiritual values with priority given to education, so the children will be able to become independent. 63 Jalan Duku, Kg.Kasipillay, 51200 Kuala Lumpu