Tuesday, February 16, 2010

Perkenal Senam Seni Malaysiahttp

Perkenal Senam Seni Malaysia
TAHNIAH saya ucapkan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta pihak yang terlibat menjayakan pelancaran Logo 1Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka pada 27 Jun 2009.
Sebagai Ahli Jawatankuasa Kampung Kassipilai saya berasa sangat bangga dan gembira mengetuai rombongan yang terdiri daripada penghuni Kampung Kassipilai untuk mengambil bahagian dalam senam seni beramai-ramai.
Program ini telah memberikan kenangan yang mendalam kepada penghuni Kampung Kassipilai.
Dua daripada anggota kampung telah dijemput untuk menyertai perarakan mengusung Logo Raksaksa 1Malaysia ke atas pentas, bersama-sama peserta lain yang terdiri daripada pelbagai kaum Malaysia.
Bagi kami kejayaan ini memberikan beberapa mesej yang sangat penting. Melalui Senam Seni Malaysia kami mengetahui dengan lebih mendalam pengertian 1Malaysia.
Seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, peserta yang memakai baju merah, biru, kuning dan putih yang menari serentak itu adalah seumpama pelbagai kaum yang mempunyai matlamat dan wawasan yang sama.
Senam Seni Malaysia beramai-ramai bukanlah sekadar hiburan dan persembahan tetapi juga satu cara untuk membantu membina badan yang kuat dan sihat.
Pihak penganjur juga sangat prihatin dengan memberikan setiap peserta sebiji epal.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang mengilhamkan Konsep 1Malaysia. Syabas juga kami ucapkan kepada Datuk Seri Rais Yatim dan rakan-rakannya yang menjayakan program ini.
Saya harap program ini akan terus diadakan di seluruh pelosok negara.
Tay Lai Feng
KAMPUNG KASSIPILAI
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

No comments:

Post a Comment