Monday, February 15, 2010
Koh Tsu Koon mesra rakyat http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100211230146/Article/index_html
TAHNIAH dan terima kasih saya ucapkan kepada Rukun Tetanga Kampung Kasipillay, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas usaha mereka menjayakan program pelancaran pembinaan tembok lindungan banjir di Jalan Rambai Kampung Kasipilay, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Terima kasih juga kepada Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turun padang untuk meneliti masalah rakyat. “He walks the talk (laksanakan apa yang dikatakan). Inilah Tan Sri yang saya kenali sejak lebih 30 tahun.
Ketika saya bekerjasama dengan beliau di Kawasan Parlimen Tanjung, Pulau Pinang, beliau sangat disanjung tinggi oleh orang tempatan. Tan Sri begitu tabah dan rendah diri, prihatin, komited dan teliti terhadap permasalahan penduduk di kawasan Parlimen Tanjung dan sentiasa turun padang untuk menjenguk masalah longkang rosak dan lain.
Projek pembinaan tembok lindungan banjir dan rumah pam sangat memberi manfaat kepada rakyat. Projek ini merangkumi pembinaan tembok lindungan banjir sepanjang 1.3 kilometer di tebing kanan Sungai Batu, Sentul.
GOH HOE HOE,
Penghuni Kampung Kasipilay.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment