Sunday, February 7, 2010
Projek Tebatan Banjir Dan Rumah Pam Sg Batu Siap Akhir Tahun http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=473892
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Projek tebatan banjir melibatkan tembok lindungan banjir tebing kanan Sungai Batu dan Rumah Pam di Kampung Kasipillay, Sentul akan siap menjelang akhir tahun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata projek sepanjang 1.3 kilometer bernilai lebih RM3 juta itu turut melibatkan kerja pengindahan landskap sungai yang mula dibina pada Mac 2009.Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran memperuntukkan lebih RM3 juta dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula meluluskan RM2 juta bagi projek pembinaan Rumah Pam di kawasan tadahan Sungai Batu melibatkan pemasangan paip sepanjang 500 meter."Projek ini adalah fasa kedua bagi tebatan banjir," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada JPS dan DBKL mengenai projek itu selain mengadakan lawatan mesra di kawasan Rukun Tetangga di sini, pada Sabtu.Fasa pertama projek tebatan banjir melibatkan lencongan Sungai Keroh sepanjang 2.2 km telah beroperasi Ogos lepas setelah dua kali terlewat tempoh siapnya.Koh, yang merupakan Menteri Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi (KPI) kerajaan berkata apabila siap kelak, dua projek itu mampu menampung aliran serta limpahan air Sungai Batu jika berlaku hujan lebat beserta banjir."Apa yang penting, dalam tempoh pelaksaan projek itu, masyarakat setempat dapat memberikan kerjasama sekiranya perlu dipindahkan sementara demi mencapai matlamat menjadikan kawasan kampung ini sifar banjir," katanya.Projek itu dilaksanakan selepas kejadian hujan lebat menyebabkan banjir kilat pada Mac 2009 yang menenggelamkan kebanyakan jalan, kenderaan serta menyebabkan beribu-ribu warga kota terperangkap setelah ditenggelami air antara satu hingga dua meter.Mengenai konsep Rukun Tetangga (RT), Koh berkata lebih banyak kawasan perumahan di seluruh negara perlu mewujudkan RT bagi menarik generasi muda pelbagai kaum menyertainya selaras dengan gagasan 1Malaysia.Beliau berkata RT Kampung Kasipillay yang juga RT tertua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang ditubuhkan pada 1975 dan dirasmikan perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, adalah contoh terbaik dalam usaha kerajaan menyebarluaskan konsep perpaduan.Selain itu, kerajaan bersetuju menambahkan peruntukan bagi RT untuk tahun ini dalam menjayakan konsep 1Malaysia khususnya di peringkat akar umbi."Jika perpaduan di peringkat akar umbi dapat diperkukuhkan, pelbagai anasir buruk dapat dielakkan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment